PHOTOGRAPHER MAJLIS BERTANDANG

Untuk majlis bertandang nie atau sambut menantu Noor nak photographer yang tangkap gambar Noor dan family jer. Majlis sambut menantu Noor simple jer. Bajet Noor bawah RM 500. Tak nak posing-posing semua. Cari punya cari Alhamdulillah dapat jumpa photographer Alhafi Shah.  Jumpa di facebook.




Biasalah Noor ambil pakej paling murah sekali. Pakej RM 450 Noor dapat sticky album, frame gambar tiga dan juga CD untuk softcopy gambar. Pakej ini juga free outdoor.. Cuma Noor tak pergilah outdoor sebab Noor dan suami dah outdoor masa hari akad nikah tue. Orangnya mesra. En suami pun suka dengan cara dia sebab dia sempoi dan kelakar jadi kawan-kawan dengan saudara-mara nak bergambar pun tak kekok. Bila photographer request nak wat style macam-macam, biasalah suruh  pengantin peluklah dan macam-macam lagi Noor dan suami request tak nak. Dia okey sahaja. Tapi adalah dua tiga gambar yang sweet moment gitu. Tak banyak, hihihihihi.



Siapa kata tiada photographer yang berkualiti tapi murah? Nie ada nih. Pada Noor sangat murah. Photographer pula mesra dan baik orangnya. Jadi kalau korang nak cari hotographer yang save bajet boleh pm dia.




Comments