Nak dijadikan cerita kad kawen bakal suami nie belum siap. Masa pergi fitting baju balik cuti mengundi, Z tanya dah siap ke kad kahwin. Noor cakaplah dah siap. Padahal kita dah tunjuk dalam whatsaap kad kita dekat dia. Adoi,boleh dia lupa. Lepas tue dia pun bagi tahulah yang kad dia tak siap lagi. Masa dulu-dulu Noor ada tanya nak buat kad sekali tak? Maksudnya dua undangan dalam satu kad, katanya tak payah. Sebab undangan sikit jer. Nak madah pakai mulut jer. Noor okey jer.
Lepas tue dia bagi tahu kad dia tak siap lagi dan tanya nak cari dekat mana untuk tempah, Noor pun tanya balik kenapa nak buat kad sedangkan sebelum nie tak nak buat kad. Rupanya abang iparnya berjanji nak buat kad tapi kawan kepada abang ipar yang nak tolong cetak kad ada masalah pula. Jadi Noor pun bagi tahu kalau nak buat kad cepat, hantar juga detail malam nie. Z pun satu juga. Jenis diam jer. Dia diam jer bila Noor tanya pasal kad. Noor pun ingat tak jadilah buat kad. Nor pun malas nak tanya lebih-lebih. Hahaha, SEKALI...
11/5 dia hantar detail untuk kad kahwin. Kelam kabutlah Noor nak design. Leps tue mak dia kata nak kad sebelum puasa. Puasa pula 17/5. Alhamdulillah sebab tapak sudah ada, edit-edit jerlah, siaplah kad.
Dah design, nak tukar pulak warna lain. Banyak cekadak betul. Alergik sikit warna pink Z nie. So, tukar design lah pulak.
Bila dah siap design nak cari tempat printing pula. Nor cadang dekat EZCetak tapi lambat pula kata Z. Yerlah walaupun bayar RM 50 tempoh printing dalam seminggu juga. Noor pun carilah printing online ada dua pilihan. Satu Achik printing dan satu lagi printing Expert.
KALAU BOLEH Z NAK SIAP KAD TERSEBU SEHARI JER.
Noor reject Achik printing sebab dia tak boleh buat urgent printing. Quotation dari Expert Printing.
boleh cik, saya kirakan harga untuk urgent printing WEDDING CARD with plain white envelope size : 8inch x 4inch material : 260gsm artcard 2 side printing colour quantity : 500 pcs price + 6% gst : rm 516.75 duration printing 1 day after done payment & submit softcopy design thank you
Noor tanya pula yang printing biasa berapa harganya. Printing biasa ambil masa dua hari jer.
WEDDING CARD with plain white envelope size : 8inch x 4inch material : 260gsm artcard 2 side printing colour quantity : 500 pcs price + 6% gst : rm 397.50 duration printing 2 days after done payment & submit softcopy design
Lepas tue Noor pun fikir-fikir. Beza hampir RM 200. Lepas tue beza sehari jer tempoh printing. Lepas Noor pujuk Z, akhirnya Z bersetuju nak ambil pakej yang biasa jer. Bukannya urgent punya.
Alhamdulillah kad tersebut siap hari Rabu. Bayar dan hantar design hari Isnin. Siap hari Rabu. Sangat rekomen Expert printing dari layanan staf sampai ke printing. Kalaulah Z tak rushing, memang Noor ambil dah dengan EZCetak sebab harga kad Z jatuh kepada RM 0.76 sen, Kad Noor pula RM 0.24 sen gitu. Tengok betapa banyaknya beza walaupun material sama. Saiz jer beza sikit.
Jadi janganlah buat kad lambat.
Comments
Post a Comment