Mula-mula pergi ke Achik Printing di Melawati. Walaupun staf ramai dan beroperasi 24 jam tetapi sangat mahal bagi saya. Saya bajet kad kahwin RM 200 jer. Dah siap test printing baru tahu harga RM 397.50 termasuk GST. Ish lebih dari bajet nie. Kemudian pergi area brickfield untuk printing harga lagi mahal uolls RM 500 lebih walaupun dekat situ kawasan printing.
Kalau datang dekat sini, nak cakap satu jer PARKING SUSAH BANGET! |
Kedai printing Achik |
Kemudian saya google, Alhamdulillah nasib baik ada satu blog bride to be bagi tahu tempat printing yang murah.
Kedai dia dekat Kulim Kedah tapi saya order online jer. Boleh tengok laman web dia. Super efisien dan layanan melalui whatsapp pun cepat jer staf dia. Kalau tanya pun reply dengan baik. CUMA macam kes saya nie, saya ingatkan tepat 10 hari dapat disiapkan tapi tersasar dua hari. Selepas push barulah dapat juga disiapkan. Jadi kepada sesiapa yang tak nak rushing orderlah awal kad atau bayarlah RM 50 untuk disiapkan awal. Alhamdulillah kad dapat disiapkan dalam jangkaan yang mak ayah nak iaitu dua minggu sebelum puasa.
Saya amek pakej kad silver saiz 4X6 bagi 600 keping RM 132.00 sekali dengan sampul. Tambah dengan caj postage RM 10. Jumlah kesemuanya RM 142.00. Sekeping jatuh RM 0.24 sen. Kalau nak cantik ambiklah saiz besar sedikit saiz 4X8.
Design kad saya buat sendiri. Kalau design sendiri mesti kena buat dalam AI atau Adobe Illustrator. Nasib baik pernah belajar dulu, jadi bolehlah buat untuk saya dengan bakal suami.
Belum siap lagi tau. Nanti saya update bila dah siap.
Comments
Post a Comment