MUA AKAD NIKAH, SANDING DAN TUNANG

Sebut pasal MUA atau Make up artist, yang MUA inilah paling penting sebab nak naikkan seri pengantin. Makeup nie penting sebab pada hari itu semua orang nak tengok kita lepas tue gambar kita pon bergantung pada mekap juga. Alhamdullillah mekap untuk akad nikah dan sanding Noor memang marveles cuma mekap pergi outdoor dengan sambut menantu, MUA lain memang buat cincai sahaja. Mekap pula terlebih putih macam tepung gomak dan bulu mata pula pasang tidak betul. Alahai majlis ini seumur hidup kot, mekaplah betul-betul. Jadi dalam blog nie Noor memang tak rekomen MUA ini. Noor ambil 4 kali mekap sebab untuk solat. Akad nikah, sanding, outdoor dan juga sambut menantu.

MUA AKAD NIKAH DAN SANDING

Mula-mula Noor pm dengan MUA tunang Noor dulu. Atiqah abdullah sebab makeup dengan dia memang best. Tapi full pula. Yerlah murah lepas tue hasil bagus macam mana tak full kan ? Lepas tue carilah MUA-MUA lain. Tanya Nurleez RN450. Selepas itu tanya pula Nurul 2481 RM 550. Harga bergantung jarak rumah dan kebetulan musim raya. Harga Mua mahal sikit kalau musim raya sebab MUA pun nak beraya juga. Selepas itu, housemate cadangkan Munie Zawawi. Munie Zawawi sekarang jadi cikgu jadi kerja MUA buat jarang-jarang tapi hasilnya memang meletup. Harga RM350. Noor ambil dua kali sesi makeup dengan dia. Satu untuk akad nikah dan satu lagi untuk sanding. Alhamdulillah. semua puji. Tips dari akak Munie pakai contact lens warna kelabu. Memang naik seri. Kak Munie nie peramah sampai time mekap pon tak sedar.. Tengok-tengok eh dah siap mekap dah.



MUA TUNANG

Kalu korang tidak pernah pakai make up tebal, sekadar tepek badak baby johnson jer Mua Atiqah Abdullah memang bagus sebab dia seorang yang penyabar. Noor sebelum nie memang tidak pernah pakai heavy meka. Bila bertunang nak pakailah lawa sikit, Mua Atiqah ini memang penyabar orangnya. Sebab Noor nie geli di bawah mata, bila sapu eyeliner di bawah mata memang mengalir air mata. Atiqah nie sangat penyabar orangnya, touch up beberapa kali sehingga berjaya. ua Atiqah inipun guna produk-produk mahal macam Nars walaupun harga memang murah. Harga? RM 170 untuk tunang dan untuk majlis perkahwinan RM 220 sahaja. Murah kan?

Comments