PHOTOGRAPHER AKAD NIKAH DAN SANDING

Kalau majlis kahwin nie korang nak MUA, Bridal dan OP idaman rancanglah setahun awal. Mcam Noor nie, bulan 3 baru confirm tarikh. Stress Noor sebab Noor memang berminat dengan photographer Freefilm nie. Dengan harga murah lepas tue friendly orangnya, tetapi melepas sebab lambat book. Tarikh kahwin Noor bulan puasa. 19.6.2018. Mulalah kita sibuk cari dekat IG. Noor jadi panik sebab kebanyakkannnya dah FULL. Ya Allah, stress tuhan sahaja yang tahu. Noor minat style photographer yang macam innocent atau white dia banyak dalam gambar. Nak explain pon susah. Nah Noor tepek gambar style yang Noor minat.







Cari- punya cari. Pm punya pm. Alhamdulillah Haikal Sufyan masih lagi free pada masa tue. Dia ada tiga pakej. Noor amek pakej paling murah jer. RM1700 untuk shoot dua event  dapat photobook dengan pendrive. Beza pakej lain ialah extra photopage dengan free gambar yang ada frame. Harga pon up dalam RM 200 juga kalau nak extra photopage dengan frame gambar. Pendapat Noor, kalau Noor nak buat frame Noor akan buat sendiri sebab Noor ada supplier cetak gambar kahwin murah dan Noor boleh buat photobook baru.





Haikal Sufyan nie kerjanya kemas. Nampak baju en suami tak betul pakai samping songket dia tolong pakaikan balik. Siap letak peniti dekat kain backdrop nak nampak lawa...hihiihihihi. Pergi outdoor pun dia akan kutip sampah di sekeliling gambar yang dia nak amek. Macam tuelah perfection dia punya kerja. Masa bincang dengan dia nak bergambar dekat pantai Senok (pantai nie femes dengan pemandangan ala korea) dia cadang Pantai Mek Mas sebab kurang sampah.



Kalau kita kerja jauh, dia tolong hantarkan melalui pos. Tiada caj tambahan. Yeay, sampai sudah Noor punya photobook. Leather lagi.

Comments